Catatan

sample

IANYA MITOS SEMATA-MATA!  Mari kita lihat dan fahami keperluan garam (sodium) bayi seharian dan bandingkan dengan kandungan dalam susu dan air mineral. Oleh kerana sodium adalah penyebab utama kerosakan buah pinggang dalam mitos ini, kita tumpukan pada kiraan sodium. Had pengambilan sodium pada bayi berusia kurang satu tahun ialah 400mg/hari. Manakala 1-3 tahun pula lebih sedikit iaitu 800mg/hari. Kita jadikan 400mg sebagai had ambilan harian dalam kes ini. Menurut kajian kandungan air mineral di Malaysia pada 2012, kandungan sodium dalam air mineral berpurata antara 0.01mg/L hingga 10.68mg/L. Perhatikan dalam gambar unit asal ialah mg/LITER, maka 10.68mg/L adalah bersamaan dengan 0.01068mg/ml. Ini bermakna satu ml  air mineral  mempunyai maksimum lebih kurang 0.01mg sodium.  Mari lihat pula kandungan sodium dalam susu formula bayi. Kadar purata kandungan sodium dalam susu formula bayi pula adalah antara 0.16mg/ml hingga 0.3mg/ml bergantung kepada jenis form...